Sunday 25 September 2011

Sisipan Mutiara Kata


Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. 
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Monday 19 September 2011

Dicintai dan Mencintai...



Dengan dicintai kita menjadi orang yang sangat bahagia 
Dengan disayangi kita menjadi orang yang sangat dihargai 
Dengan dilindungi kita menjadi orang yang sangat aman dan tenang 

Mencintai orang yang mencintai kita merupakan kebahagiaan 
Menyayangi orang yang menyayangi kita merupakan kebersamaan 
Melindungi orang yang melindungi kita merupakan saling menjaga 

Saling memberi dan menerima 
Tidak memaksa dan dipaksa 
Jujur dan percaya 
Berbeza namun seiring 
Saling memahami, maka persamaan akan utuh

Saturday 17 September 2011

Kerinduanku...



Sayang...

Kerinduanku terhadapmu kian terasa. Kuberjanji padamu untuk tidak menangis lagi, namun apalah dayaku. Airmata ni begitu mudah menitis bila hatiku kian sebak diamuk rindu.

Tertanya-tanya sendiri, bilakah kerinduan ini akan terlerai..? Mungkin benar "rindu itu milikku, kerana ia sebati dihatiku" seperti katamu jua, bila kita bertemu terlerailah rindu tapi bila sahaja kita berjauhan dan terpisah, pasti rindu itu kembali bertapak dihatiku lagi.

Saat-saat begini, kuingin mendengar suaramu. Mendengar gelak tawamu dan usikan nakalmu. Apa yang sedang kau lakukan saat ini sayang...? Apakah yg berada diingatanmu...?

Kita berjauhan dan terpisah namun hati ini sentiasa dekat padamu, sentiasa merinduimu. Namamu selalu ada dalam doaku, kau tunggulah kepulanganku, kau nantikan kehadiranku.

Sayang...ku amat merinduimu.....

Friday 16 September 2011

Rindu Ini Hanya Untukmu

Ingin ku nyayikan lagu rindu
Ingin ku luahkan rasa hatiku
Hanya padamu
Kerana aku rindu
Terlalu merinduimu…


"haa'ah rindu...rindu serindu..rinduuunyaaa..."

Puas sudah kusembunyikan, puas juga ku buat tak tahu pada pertanyaanmu itu.
Puas sudah aku menyimpan teka-teki di hatimu. 
"Mengapa diam membisu..mengapa tak jawab..? Awak rindukan...?
Kalau tak rindu.. buat apa selalu bicara rindu kat sini..?" 
Kau buatku 'terkunci' dan resah dengan pertanyaanmu.
Sunyi sekejap dunia ini kurasakan. hanya debaran dihatiku yang kian terasa.

Entah apa yang menguasaiku tika itu, hilang sudah semua keberanianku.
Akhirnya aku mengalah...
Perlahan kuucapkan kata rindu itu dengan bibir yang bergetar.
Tiba-tiba terasa sebak, hampir saja airmataku gugur tapi aku masih mampu menahannya. 
"Puaskah hatimu kini.. Bila kunyatakan kata rindu itu..?" 
Hatiku berbisik melepaskan geram tapi tak sampai dipendengaranmu.

Ku kira kau sudah tahu, aku selalu berbisik dan merintih sendirian di sini.
Mengungkapkan rindu dan sepiku padamu.
Mengapa kau dera aku untuk menyatakannya..?
Untuk apa kepastian ini, bila ternyata kau telah pasti..? 

Kau lah belahan jiwaku…Kasih...
Kau lah yang telah mencuri hatiku selama ini... 
Kau lah nakhoda bahtera cintaku..
Kuharapkan kau lah untukku hingga nafas terakhirku…

Pernikahan dan Perkahwinan


Kasihmu Amanahku
-Inteam-
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
B
ila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggung
jawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
---------------------------------------------------------------------------------------
Dedikasi buat sahabat2 yang baru dan akan mendirikan rumahtangga...mudah-mudahan rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi baitul muslim yang dibina, amiinn!
--PERNIKAHAN MEMBUKA TABIR RAHSIA--

untuk suami.....renungkanlah...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin..!
========================
Untuk isteri…. renungkanlah…
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa… apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana…
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Semoga baitul muslim yang dibentuk membantu kalian untuk terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah di bumi ini.
Allahu Akbar!

Bila Hati Ini Merinduimu...


bila hati ini merinduimu
hatiku sering teringat padamu
ku ingin selalu menemanimu disaat sepi
disaat dirimu rasa gundah ataupun letih
terasa berat tanpamu
kerana ku amat mencintaimu
dan ingin selalu ada disampingmu
memiliki dirimu
bila hati ini merinduimu
ku ingin dirimu tahu
ku rindu padamu
walaupun kita sudah lama tidak bertemu
ku selalu mimpikan dirimu
selalu angankan dirimu
sayangku
sejak kau ditelan kesibukan waktu
ku selalu berharap dirimu kan rehat secukupnya
ku selalu bermohon kerjamu dipermudahkan
kerana ku tidak sanggup bila kau keletihan..kepenatan..dan kesakitan
ku selalu berdoa kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaanmu
bila hati ini merinduimu
ku utuskan salam rindu dari kejauhan
ku layarkan cerita rinduku untukmu disini
ku lakari kata-kata rindu buatmu
PESANKU
JAGA DIRI DAN KESIHATANMU SELALU
dan KENANG aku DALAM DOAMU

Thursday 15 September 2011

Hadirnya Dia Untukku...

Oh Tuhan....
seandainya telah engkau catatkan
dia milikku....tercipta untukku.....
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagian.....

ya ALLAH ku mohon
apa yang telah engkau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana engkau tahu segala isi hatiku
peliharakan lah daku dari kemurkaan mu

ya tuhanku yang maha pemurah
berikanlah kekuatan jua harapan
melainkan dari lesu dan tidak bermaya
semaikan lah setulus kasih dijiwa

ku pasrah kepada mu
kurniakanlah saya
pasangan yang beriman
yang bisa menemani saya
supaya saya dan dia
dapat melayar bahtera
ke muara cinta yang engkau redhoi

ya ALLAH ku mohon
apa yang telah kau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana engkau tahu segala isi hatiku
peliharalah daku dari kemurkaanmu

ya tuhanku yang maha pengasih
engkau sahaja pemelihara ku
dengarkanlah rintihan hambamu
jangan engkau biarkan ku sendiri

agarku bisa bahagia...
walau tanpa bersamanya
gantikanlah yang hilang
tumbuhkan yang telah patah
ku inginkan kebahagian
didunia dan akhirat
pada mu ku mohon segalanya....
amin yarabbal alamin....

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2011


Pada hari ini (16 September 2011), seluruh pelosok rakyat negara ini tidak mengira kaum, peringkat umur, pekerjaan, kaya atau miskin dan juga fahaman politiknya, kesemuanya tidak terkecuali menyambut Hari Malaysia.
Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun adalah hari yang menjadi milik semua.Tidak seorang pun di antara kita, perlu berasa diketepikan, sangsi atau terpinggir dalam menyambut hari yang amat bermakna dan bersejarah kepada negara ini.
Dan ia juga bukan hanya untuk dikenang dan diraikan oleh generasi terdahulu. Generasi muda, tidak kira apa jua kecenderungan serta minatnya, perlu dibawa bersama dalam arus menghayati erti Hari Malaysia kerana kesannya yang bukan sedikit terhadap pembangunan negara dari dulu sehingga kini.
Justeru itu, pengetahuan terhadap sejarah adalah kata kuncinya. Orang cerdik pandai sering berkata, sejarah merupakan guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa depan.
Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum.
Bagaimanapun, penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan “Ganyang Malaysia” yang berlanjutan sehingga 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.
Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei pada penghujung 1962.
Bagaimanapun, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 kepada 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold.Namun tarikh itu pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.
Sebelum ini, Hari Malaysia merupakan cuti am di Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun mulai 2010, Hari Malaysia juga diisytiharkan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Dan yang menjadikan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini lebih menarik dan bermakna adalah kerana acara sambutannya diadakan serentak dengan Hari Kemerdekaan Ke-54 negara.
Dalam usia 48 tahun Malaysia dibentuk, proses pembinaan negara Malaysia secara keseluruhannya mengambil masa yang panjang dan sudah tentunya tempoh itu dilalui dengan pelbagai dugaan, cabaran dan kesulitan oleh pemimpin dan generasi terdahulu.
Adalah merugikan jika segala kesukaran dan kepayahan itu disia-siakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dan bertelagah dalam segala isu yang akhirnya meruntuhkan penyatuan Malaysia ini.
Dan perlu diakui, kekuatan Malaysia bukan sahaja terletak pada pembangunan di negeri-negeri Semenanjung sahaja, tetapi juga di Sabah dan Sarawak yang menjana ekonomi Malaysia keseluruhannya.

TITIPAN CINTA

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.

Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.

kata-kata cinta

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.

Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.

Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain

 Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Wednesday 14 September 2011

Hari Pertama Membuat Blog

Salam...Alhamdulillah,,,akhirnya pd hari ni sy telah m'buat blog peribadi sy sendiri...Wujudnya blog ni adalah bermulanya idea utk mengajar dan memberi penerangan serba sedikit kpd guru2 di sekolah bagaimana cara untuk membina blog...So,sy pun buat jugak la...sekadar suka2...Tapi sy sendiri masih belajar lg...hihihii.....Seronok juga kan kalau ada blog, boleh merapu2 skit...:)